VALUE AT ENTRY

Pengenalan

Inisiatif Value At Entry (VAE) merupakan inisiatif strategik yang diperkenalkan oleh JKR bertujuan untuk memantapkan perancangan semasa peringkat pewujudan projek pembangunan oleh Kementerian dan Agensi. Pelaksanaan VAE dapat memastikan konsep do it right at the first time diambilkira dan dipertimbangkan dalam membuat sesuatu cadangan projek seterusnya membolehkan tiga permasalahan utama dalam pelaksanaan projek seperti ketidaksediaan tanah ataupun tapak, brif projek yang tidak lengkap dan pengiraan kos yang tidak tepat dapat diperhalusi dan diatasi.

PENGENALAN

Pelaksanaan VAE merupakan satu tapisan awalan bagi memastikan projek-projek yang dicadangkan oleh Kementerian dan Agensi adalah berdaya maju (viable) dan tersedia dari aspek pemantapan brif, kesediaan tapak/tanah dan anggaran kos projek. Ia akan dapat mengurangkan kadar peratusan ketidakbolehlaksanaan setelah projek diluluskan seterusnya membolehkan projek dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang. Oleh itu, bermula Rolling Plan 3, Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah pun menetapkan pelaksanaan VAE oleh Kementerian sebelum permohonan projek dikemukakan untuk kelulusan.

PUNCA KUASA

Inisiatif VAE merupakan salah satu strategi yang dicadangkan oleh pihak JKR sejajar dengan pemerkasaan Arahan Perbendaharaan (AP) 182 yang mempertanggungjawabkan Jabatan Teknik seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan semua projek pembangunan fizikal Kerajaan.  Pelaksanaan Inisiatif VAE ini telah diluluskan sebagai salah salah satu syor dalam Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) Bil 3/2019 pada 14 Mei 2019 yang seterusnya menjadi punca kuasa pelaksanaan inisiatif ini.

 

Lanjutan dari keputusan Mesyuarat JKKMAR ini, beberapa keputusan dasar dan arahan turut menyusul seperti:

  • Memorandum Jemaah Menteri, M366/2019 bertarikh 29 Mei 2019;
  • Keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2019 bertarikh 10 September 2019;
  • Garis Panduan Penyediaan RMKe12 (2021-2025) bertarikh 19 Disember 2020 (Perkara 23)
  • Surat daripada Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE), JPM rujukan EPU.12-11/11(38) bertarikh 15 Julai 2021 yang menetapkan bahawa Kementerian bersama Agensi Teknikal perlu melaksanakan Inisiatif VAE bagi memantapkan perancangan di peringkat pewujudan projek pembangunan bermula daripada Rolling Plan 3 (RP3), RMKe-12.

VALUE AT ENTRY

Inisiatif VAE

INISIATIF

o  INISIATIF KHUSUS

 

Inisiatif VAE merangkumi, tiga (3) inisiatif-inisiatif khusus:

  1. Acquisition Categorization (ACAT),
  2. Value Management di Peringkat Strategik (VMS), dan
  3. Gerbang Nilai 0 (GN0).
ACAT

ACAT merupakan kaedah untuk mengkategorikan projek berdasarkan kepada enam (6) kriteria iaitu kerumitan pengurusan projek, kesukaran teknikal, penjadualan projek, ketersediaan operasi dan penyenggaraan, sokongan industri dan kos pemerolehan. ACAT diklasifikasi berdasarkan lima (5) kategori keutamaan projek iaitu yang paling berkeutamaan dan kompleks kepada projek yang kurang berkeutamaan dan kurang kompleks. Tahap kompleksiti projek bermula dari ACAT I, ACAT ll, ACAT III, ACATIV dan ACAT V mengikut keutamaan projek dengan ACAT l berada di skala paling tinggi.

VMS

VMS merupakan suatu intervensi kajian pengurusan nilai di awal kitar hayat projek iaitu di peringkat pewujudan projek oleh Kementerian dan Agensi. Tumpuan kajian ini adalah bagi menentusahkan daya maju projek dari aspek business needs dan memantapkan penentuan business case yang dicadangkan sebelum sesuatu cadangan projek dikemukakan untuk perakuan dan kelulusan.

 

GN0

GN0 merupakan semakan ringkas dan intensif yang dilaksanakan yang bertujuan untuk menilai dan mengesahkan sesuatu projek melalui soalan-soalan dan bukti tertentu. Ia bagi memastikan aspek daya maju (viability), ketersediaan dan strategi pelaksanaan projek untuk diperakukan untuk ke peringkat selanjutnya.

VALUE AT ENTRY

Pelaksanaan Inisiatif VAE

PELAKSANAAN INISIATIF VAE

Pada peringkat permulaan, setiap cadangan projek oleh Kementerian perlu dikategorikan tahap kompleksiti projek melalui Inisiatif ACAT. Bagi cadangan projek yang dikategori sebagai projek kompleks dan berkeutamaan iaitu ACAT I dan II, cadangan projek ini PERLU melalui proses Kajian VMS. Manakala bagi cadangan projek yang dikategori sebagai ACAT III, IV dan V, tiada keperluan untuk cadangan projek ini melaksana Kajian VMS buat masa ini.

Selanjutnya, Inisiatif GN0 perlu dilaksana bagi keseluruhan cadangan projek yang melibatkan kesemua kategori projek (ACAT I, II, III, IV & V) bagi semakan pengesahan daya maju dan ketersediaan projek. Cadangan projek yang disahkan berdaya maju dan bersedia, seterusnya boleh dipohon melalui Sistem MyProjek.

Rajah 1 menggambarkan metodologi pelaksanaan VAE terhadap sesuatu cadangan projek sebelum dikemukakan untuk permohonan.

Rajah 1: Metodologi Pelaksanaan Inisiatif VAE

 

 

TANGGUNGJAWAB PELAKSANAAN VAE

Pejabat yang bertanggungjawab untuk melaksana Inisiatif VAE adalah Bahagian Pembangunan Kementerian dengan dibantu oleh pegawai teknikal / pegawai kader di Kementerian. Umumnya, bagi Inisiatif ACAT dan GN0, ianya akan dilaksana oleh pegawai teknikal / pegawai kader. Kajian VMS pula akan difasilitasi oleh pengamal-pengamal pengurusan nilai di agensi kerajaan.

VALUE AT ENTRY

Jenis Kategori Projek VAE

JENIS KATEGORI PROJEK VAE

Buat masa ini, pelaksanaan Inisiatif VAE disasarkan kepada projek-projek pembangunan fizikal sahaja iaitu bagi jenis kategori projek fizikal pembinaan dan fizikal PPUN . Ia melibatkan pembinaan bangunan dan infrastruktur baharu, serta projek-projek penyenggaraan yang dikategorikan sebagai pemuliharaan, pemulihan, ubah suai dan naik taraf (PPUN) yang melibatkan perubahan struktur dan/atau perubahan ruang dan fungsi sesuatu infrastruktur atau bangunan. Rajah 2.0 menunjukkan struktur jenis kategori projek (JKP) bagi fizikal pembinaan.

VALUE AT ENTRY

Sistem MyProjek - Jenis Kategori Projek(JKP)

Sistem MyProjek – Jenis Kategori Projek (JKP)

VALUE AT ENTRY

Impak Pelaksanaan VAE

IMPAK PELAKSANAAN VAE

Pelaksanaan Inisiatif VAE membolehkan tiga permasalahan utama dalam pelaksanaan projek seperti ketidaksediaan tanah ataupun tapak, brif projek yang tidak lengkap dan pengiraan kos yang tidak tepat dapat diatasi dalam pelaksanaan projek. Ia seterusnya mengurangkan peratusan ketidakbolehlaksanaan setelah projek diluluskan, seterusnya membolehkan projek dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang.

 

Selain itu, pelaksanaan Inisiatif VAE ini dapat memberi impak baik secara berterusan dalam pelaksanaan projek yang melibatkan perubahan tatacara kerja, peningkatan kecekapan serta keberkesanan pihak Kementerian dan Agensi dalam membuat cadangan projek. Perkara ini secara tidak langsung membolehkan pertimbangan kelulusan projek yang lebih tepat oleh Agensi Pusat berdasarkan tahap ketersediaan permohonan projek. Ia seterusnya membolehkan fasiliti yang dibina adalah berdaya maju, mencapai objektif, dalam tempoh masa dan kos yang ditetapkan serta dapat dinikmati oleh pengguna dan rakyat seperti yang dirancang.

VALUE AT ENTRY

Dokumen Panduan

VALUE AT ENTRY

Hubungi Kami

PEJABAT/PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

 

Bagi tujuan penyelarasan dan penjelasan lanjut, boleh diemelkan ke vae@jkr.gov.my atau menghubungi pegawai berikut:

 

Ir. Hani Syazana binti Harun 012-5500629

Norhazwani binti Shamir 013-3318292

 

Alamat Pejabat:

Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK)

Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB)

Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia

Tingkat 28, Menara PJD

No 50, Jalan Tun Razak

50400 Kuala Lumpur